Thursday, April 9, 2009

Senarai Nama Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan barisan kabinet kerajaan Malaysia bagi tahun 2009. Dalam suasana politik dan ekonomi yang serba tidak stabil dan tidak menentu, barisan kabinet kali ini, pada pandangan saya, adalah merupakan barisan kabinet yang akan meyakinkan. Ada banyak orang diletakkan pada tempat yang betul. Hal ini pastinya memberikan harapan yang lebih besar agar pentadbiran negara ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Benar, masih ada kelemahan dan kekurangan dalam pelantikan barisan kabinet ini; tapi tidak perlulah hal itu sehingga kita mengabaikan bahagian yang baik dan positif. Jangan sampai kutu di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak.

Sekarang ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan bagaimana prestasi barisan kepemimpinan baru negara kita ini. Dalam masa yang sama, marilah kita memberikan sokongan, bantuan, teguran dan kritikan yang membina, bukan semata-mata mencerca dan menghina kerana tanggungjawab membina negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah Subhanahu wa ta’ala akan terus mengurniakan hidayah dan melimpahkan Rahmat-Nya ke atas para pemimpin negara ini.

Saya melihat sinar yang cukup cerah untuk dasar PPSMI akhirnya dihapuskan; dan kita akan kembali ke landasan yang betul untuk memartabatkan bahasa Melayu, sekaligus membangunkan bangsa menjadi bangsa kelas pertama. Begitu juga saya melihat sinar yang cerah untuk perkembangan Islam melalui barisan kerajaan kali ini. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan.


Senarai Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan
1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M Saravanan

Saturday, March 21, 2009

JAMUAN MAKAN SEBAGAI STRATEGI TARBIAH


Hari-hari kita makan. Oleh sebab makan itu perkara biasa, kita mungkin tidak pernah terfikir bahawa makan itu ada kaitannya dengan tarbiah dan usrah.
Seorang ahli kumpulan diskusi Gerak Usrah telah mengemukakan isu ini dalam satu postingnya yang sangat ringkas: "Mula-mula baginda memanggil semua kaum kerabatnya. Kesemua mereka datang, termasuk Abu Lahab. Semasa baginda mengadakan jamuan kali pertama, baginda berpidato selepas jamuan selesai. Pidato baginda diganggu oleh Abu Lahab. Pada kali kedua, baginda adakan jamuan lagi. Baginda melihat Abu Lahab masih lahap makan, terus baginda bangun berpidato. Abu Lahab tidak dapat berkata-kata sebab mulutnya penuh dengan makanan."

Kisah ini menunjukkan bahawa dakwah nabi dimulakan di kalangan kaum kerabat sendiri dan disampaikan dengan berhikmah sesuai dengan situasi yang dihadapi melalui seni pidato. Yang menariknya pidato itu disampaikan semasa hadirin menikmati jamuan. Hal ini merupakan satu strategi dakwah.

Abu Lahap bukan sahaja namanya Lahap, malah kelakuannya ketika makan juga begitu. Sudah pasti pelahap pantang berhenti ketika sedang enak makan. Nabi menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan mesej dakwahnya. Mahu tak mahu, telinga Abu Lahap terpaksa mendengar pidato Nabi. Namun hatinya tetap keras-tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi kita. Inilah gambaran manusia yang suka menurutkan nafsu lahapnya seperti mana yang digambar oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Masad.

Iktibar daripada kisah ini ialah memberi jamuan kepada kaum keluarga, termasuk para pelajar dan rakan-rakan, memang wajar menjadi amalan kita. Hal ini demikian kerana mengadakan jamuan untuk kaum keluarga merupakan strategi dakwah permulaan. Seorang ustaz yang juga timbalan naqin usrah pernah berkata, jika seseorang itu sudi memenuhi pelawaan kita untuk sama-sama menikmati jamuan, itu tandanya orang itu boleh dibentuk atau berkemungkinan menerima seruan (dakwah) kita.

Pandangan ustaz itu wajar dijadikan sebagai dorongan tambahan untuk kita memulakan atau meneruskan aktiviti menjamu para pelajar dan rakan-rakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Seorang rakan pernah mengadakan jamuan sebaik selesai acara membaca al-Ma'thurat beramai-ramai selepas Subuh pada hari Minggu. Jamuan itu diadakan di masjid atau di rumahnya. Kebelakangan ini dia lebih kerap mengadakan jamuan di rumah kerana setelah mendengar seorang ustaz berkata bahawa Malaikat Rahmat akan mengekori orang yang masuk ke rumah kita untuk sesuatu tujuan yang baik seperti untuk menikmati jamuan.

Pandangan ustaz itu ada kebenarannya. Rakan kita mendapati dua pertiga daripada mereka yang selalu makan di rumahnya akhirnya menjadi ahli usrahnya atau usrah-usrah tertentu di institusinya. Sesetengah anak usrah itu boleh dilentur dalam masa sebulan dua sahaja. Yang lain hanya boleh dilentur setelah hampir setengah tahun dia berinteraksi dengan mereka sama ada semasa makan atau dalam aktiviti-aktiviti lain. Ada seorang pelajar hanya dapat dilentur setelah setahun lebih makan minum dengannya di masjid dan di rumah.

Ada kisah aneh berkaitan dengan jamuan makan untuk anak usrah ini. Suatu pagi, nasi lemak yang dihidangkan oleh tuan rumah tidak disentuh oleh seorang anak usrahnya. Anak usrah itu cuma makan timun dan telur sahaja. Pagi hari Minggu yang berikutnya, sekali lagi dia menyertai sarapan pagi di rumah naqibnya. Kali ini dia tidak menyentuh pula nasi goreng yang dihidangkan. Dia cuma makan beberapa keping roti dan lauk-lauk yang ada.

Dipendekkan cerita, anak usrah itu memang tidak makan nasi. Dalam satu aktiviti perkhemahan, si naqib berkesempatan mengorek kisah benar yang menyebabkan anak usrahnya itu tidak makan nasi. Sebenarnya, pada suatu masa dahulu dia memang kuat makan nasi. Nenek yang menjadi penjaganya kerap merungut tentang nafsu makannya itu. Suatu hari, rungutan nenek itu mencapai tahap yang tidak dapat diterima oleh akalnya diikuti dengan perlakuan yang menyedihkan. Mulai saat itu dia berazam untuk tidak akan makan nasi lagi. Azam itu dikotakannya.

Kini sudah bertahun-tahun anak usrah itu tidak makan nasi. Dia cuma makan roti, sayur-sayuran dan makanan lain tanpa nasi. Dia kerap berpuasa sunat. Peliknya, dia adalah ahli sukan yang cukup cergas dan pernah menjadi olahragawan di institusinya. Si naqib amat menyayanginya kerana semua tugas yang diamanahkan kepadanya akan disempurnakannya sebaik mungkin walaupun dia tidak tidur semalaman.

Kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi bukanlah golongan yang mampu membeli makanan yang enak-enak. Oleh itu tenaga pengajar wajar mencipta beberapa acara makan di masjid. Biaya acara tertentu wajar ditanggung sepenuhnya oleh tenaga pengajar. Biaya beberapa acara makan yang lain sama ada ditanggung sepenuhnya oleh kumpulan pelajar atau sebahagiannya menjadi tanggungan tenaga pengajar. Dengan cara ini hubungan anak usrah dengan tenaga pengajar akan bertambah intim dan gerakan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Daripada kisah Abu Lahap itu, kita dapati berpidato semasa hadirin menikmati jamuan juga merupakan strategi dakwah. Berpidato ketika orang sedang makan semasa kenduri-kendara untuk mengajak hadirin mengamalkan Islam yang syumul memang pernah dilakukan di sesetengah tempat di negara kita. Adakah perkara ini masih diamalkan pada masa kini?

Kita mungkin cukup biasa berborak semasa makan. Seorang rakan kerap berbicara tentang tema oembangunan dari sudut Islam ketika sedang menghadapi makanan bersama para pelajar dan rakan-rakannya. Ada kumpulan usrah menjadikan waktu menikmati jamuan selepas usrah sebagai medan untuk menyambung bicara yang tidak dapat diluahkan semasa usrah-kerana perkara itu kurang penting, atau perkara itu penting tetapi, atas sebab-sebab tertentu, tidak wajar dibicarakan semasa usrah.

Wajarkah kita hidupkan aktiviti berpidato ketika hadirin sedang makan? Jika wajar, sesuaikah tazkirah (sejenis pidato) pada malam Jumaat yang selama ini disampaikan sebelum acara jamuan, disampaikan semasa makan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Wednesday, February 25, 2009

SEMAKIN DEWASA, SEMAKIN KERAP MESTI DIINGATKAN...

"Kita mesti bersatu,jaga ibadah solat,buat berjemaah di pejabat dan di rumah,pesan pada keluarga jangan tinggal baca quran,amal sunnah Nabi S.A.W sungguh-sungguh...Mana-mana yang mampu buat puasa sunat isnin dan khamis,teruskan...Sesiapa yang ada kesempatan buat solat sunat Dhuha, kekalkan...Buatlah,walau sedikit..Kita mesti bersangka baik dengan ALLAH...Berbuat baik dengan semua orang,mesti ikhlaskan hati...Cuba kekalkan wudhu'...Kita mesti rajin belajar dan jangan malu bertanya..." Itulah pesan seorang sahabat, bagaikan ayah mengingatkan anak-anaknya yang kian dewasa...

Hakikatnya, begitulah kita, "Semakin dewasa,semakin kerap mesti diingatkan". Ini adalah akar tunjang dalam perjuangan hidup kita. Hal-hal yang asas tak boleh terlepas pandang...Perhatikan sungguh-sungguh hal solat,jangan ada yang cuai. Ujian nikmat Allah beri pada seseorang, bala boleh jadi pada semua orang. Ujian nikmat lagi susah kita nak jaga. Masa susah kita bersatu, masa senang belum tahu...

Terima kasih ya Allah, Engkau datangkan kepada kami sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kami erti didikan-Mu...Antara kata-kata nasihat, kalau nak pilih kawan,pilihlah kawan yang menjaga solat...Bukan yang hanya bersolat...Orang yang menjaga solat,jiwanya hidup dan mati kerana Allah S.W.T. Orang yang menjaga solat akan bersiap awal sebelum menghadap Allah. Orang yang menjaga solat, hatinya sangat lembut, mudah terima hidayah, tak sombong, tak ego...Kerana kelebihan orang yang menjaga solat ini, dia juga turut menjaga sunnah Nabi. Nabi seorang yang sangat menjaga dan memperhalusi ibadah solat...

Kelebihan menghidupkan sunnah Nabi akan menjadikan kita insan yang cergas. Otak kiri dan kanan kita sentiasa teransang. Contohnya apabila selalu diingatkan tentang kemuliaan menggunakan yang kanan seperti makan tangan kanan,istinjak tangan kiri,pakai baju tangan kanan, buka tangan kiri, pakai kasut kaki kanan dulu, buka kaki kiri... Begitulah seterusnya, maka secara langsung otak kanan dan kiri kita bergerak cergas membangunkan agama dalam apa jua bidang yang diceburi...

Cergas kerana merasakan kehidupan di dunia terlalu singkat dan terlalu cepat...Cuma sedetik! Setiap hari kita solat lima kali, maka lima kali jugalah malaikat Izrail mengintai nama kita untuk calon alam barzakh...Maknanya umur

Friday, November 28, 2008

Alhamdulillah...

Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran...begitu juga setiap makhluk yang bernyawa, pasti akan mati...namun, sejauh manakah kita bersedia untuk menghadapi saat sakaratulmaut tersebut..Allahuakhbar...sekadar renungan bersama...

Alhamdulillah...Semester 1 utk tahun akhir ni dah tamat...result pun dah tau...Alhamdulillah... Dua hari lagi ana akan terbang ke semenanjung...menuju ke pertandingan nasyid antara universiti (MAKOM) di UTM Skudai...Sejurus selepas itu, akan terus pulang ke Perak, menemui umi, abah dan adik-adik yang dirindui...tak sabar rasanya..hehe...Hari ni dah mula keseorangan di kolej ni, memandangkan housemate pun baru je pagi tadi ke sri aman selama 2 hari kat sana... Sedih jugak, memandangkan sem dpan dia dah takde kat UNIMAS sebab menjalani praktikal di UPM Serdang... Pertemuan pasti ada perpisahan... Di akhir-akhir sem ni, terfikir, "Apa yang aku dah buat kat sarawak ni ek? Ape yang aku dah bantu Islam kat Sarawak ni? " Rasanya mcm xde wat ape-ape pun...astaghfirullah...sedangkan matlamat mula-mula dulu apply ke UNIMAS selain further study, adalah untuk bersama-sama para da'ie di sarawak ni... teringat pada sepotong ayat al-Quran..Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 124 :

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga? Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu...." ila akhirul ayat.

Sepanjang 3 tahun lebih kat sarawak ni, belum lagi rasanya diuji dengan ujian yang hebat...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya... Lepas ni, akan pulang ke semenanjung, berdepan dengan dunia sebenar yang lebih mencabar berbanding dunia kampus... Moga diberi kekuatan iman dan ditetapkan hati dan istiqamah menjaga amalan...Allahua'lam..

JALAN JUANG - IZZATUL ISLAM


Album : Pewaris Negeri
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

Wednesday, November 19, 2008

Ahlan wa sahlan...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...
Syukur alhamdillah, Allah masih memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik...
Selawat dan salam kepada baginda Rasulullah S.A.W, para ahlul bait baginda, para sahabat baginda, tabi' dan tabi'in dan seluruh umat Islam yang masih lagi berazam dan beriltizam untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini...

Alhamdulillah, di kesempatan ini, Allah memberikan peluang kepada ana utk mencipta blog sendiri..
Sekarang ni masih dalam proses untuk explore tentang blog ni..InsyaAllah akan di'didevelop' pada masa akan datang...InsyaAllah...