Sunday, February 7, 2010

Apa ada pada azan??



Assalamualaikum...

Ketika post ini mula ditaip, saya baru sahaja selesai menonton sebuah rancangan ilmiah di tv9..tak lain tak bukan, rancangan Halaqah yang kini ditayangkan secara langsung pada setiap hari ahad, pada jam 9.30pm...pada malam ini (7 Feb 2010), Halaqah membawa tajuk yang saya kira sangat menarik iaitu "Keajaiban Azan"...

Dan seperti biasa, Halaqah kali ini menjemput dua panelis yang saya kira cukup hebat ilmunya, iaitu Ustaz Roslan Mohamed (Pensyarah di Akademi Pengajian Islam UM,APIUM) dan juga Dr Azhar bin Haji Sarip (Trainer Latihan Sumber Manusia)...

Saya xnak bercerita panjang...cumanya yang menarik perhatian saya melalui perbincangan kali ini adalah perkongsian dari Dr Azhar yang banyak mengaitkan azan melalui perspektif sains...
Subhanallah...

Menurut kajian beliau, kita sbg manusia ni hidup di dalam 4 jenis gelombang...iaitu gelombang Beta, Alfa, Theta dan juga Delta...

Gelombang yang paling tinggi skali ada gelombang Beta, yang mana gelombang ini dihasilkan ketika kita bekerja, berfikir, stress, depress dan sebagainya... Gelombang inilah yang menyebabkan kita berada dlm suasana yang tidak sihat contohnya aktiviti jenayah, pembunuhan dan sebagainya...

Gelombang yang kedua iaitu gelombang Alfa pula dihasilkan ketika berada dlm keadaan santai...contohnya menonton TV, bermain dan sebagainya...

Gelombang yang ketiga (Theta) pula dihasilkan ketika ketika tidur dan juga aktiviti2 yang kurang menggunakan daya berfikir..Gelombang ini memberi ketenangan...

Gelombang yg terakhir (Delta) pula berada di tahap bawah sekali...biasanya dihasilkan jga ketika tidur, terutamanya tidur yang tidak mempunyai mimpi...

Dr Azhar banyak mengaitkan gelombang pertama (Beta) dan juga gelombang ketiga (Theta).. Menurut beliau, azan, bacaan2 al-quran berada di gelombang yang ketiga...

Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang belum sedar...sedarkah anda, bahawa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia pada setiap saat, setiap minit..logik x? sbg cntoh, Maghrib di tempat saya kini pada jam 7.31pm...dua minit sebelum tu, azan sedang berkumandang di Kuala Lumpur...sama jgak seperti di Samarahan dan Kuching...begitulah azan berputar di seluruh dunia, di setiap minit, setiap saat...

Tahukah anda, apakah logiknya aturan azan sebegitu rupa menurut perspektif sains? jom, kita explore...

Berdasarkan perbincangan Halaqah, Dr Azhar menyatakan, kita sering menghasilkan gelombang Beta yg mana gelombang ini menjadikan dunia kita tidak 'sihat'...jadi, kehadiran azan yang menghasilkan gelombang Theta adalah bertindak sebagai stabilizer ataupun pengimbang kepada dunia ni...Apabila gelombang Beta dihasilkan, gelombang Theta (yang dihasilkan oleh azan) pula bertindak untuk mengimbangi kehadiran gelombang Beta, supaya dunia kita berada di dalam keadaan seimbang...

Berdasarkan fakta tersebut, saya terfikir...salah 1 tanda kiamat adalah, tidak ada lagi azan berkumandang di dunia ini...jadi, apabila tiada azan, tiada lagi gelombang Theta untuk megimbangi kehadiran gelombang Beta... Maka, dunia dah tak sihat, lantas berlakulah kiamat...Subhanallah...cantik sungguh aturan Allah...

Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat 1 yang diterjemahkan:

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)

Apa yang saya nak kaitkan di sini adalah bahawa setiap makhluk Allah seperti tumbuhan dan haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah...Tetapi, apabila pokok2 ditebang, maka tiada lagi tumbuhan yang bertasbih kepada Allah...Tasbih2 ini juga menghasilkan gelombang Theta yang juga berfungsi untuk mengimbangi kehadiran gelombang Beta yang kita hasilkan... Apa yang malangnya, manusia yang sentiasa rakus dan tidak memahami perkara tersebut, sewenang-wenangnya menghapuskan makhluk2 Allah yang secara abstraknya memberi manfaat kepada kita..Jadi, secara sunnatullahnya, apabila tiada pokok2 ini, maka dunia semakin tidak stabil, gelombang Beta semakin berleluasa, maka berlakulah Hari Kiamat..Allahuakbar...

Walau ape pun, azan tersebut mestilah lahir dari hati..bertujuan membesarkan Allah SWT...bukan niat menunjuk2...barulah sampai dan terhasil gelombang Theta ni yang mana gelombang ini dapat memberi ketenangan kepada kita..

Saya kira mungkin sekadar ini perkongsian kali ini...Maaf andaikata ada kesilapan..sebarang teguran amatlah saya alu-alukan...dan mungkin ada ayat yang berterabur..tak sempat nak susun..hehe...

Sambil-sambil saya menulis ni, sempat jgak saya mencari blog or laman web Dr Azhar..dan saya terjumpa blog beliau...Jadi, sesiapa yang berminat, jemputla ke blog beliau...

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/

Sekian sahaja...Sekian..

4 comments:

nur islam said...

alhamdulillah...terima kasih..perkongsian ilmu yg menarik..teruskan usaha berkongsi ilmu utk kebaikan diri sendiri dan semua pembaca...

nk kongsi sikit pasal azan ni..dgr tazkirah dr radio ikim...ada 3 pengisytiharan yg utama dlm azan
1)pengisytiharan ALLAH MAHA BESAR (ALLAHUAKBAR)
2)pengisytiharan syahadatain
3)pengisytiharan segera menunaikan solat (hayya a'la ssolah..hayya a'lal falah)

dan sbg bukti kepada kita kepada pengisytiharan 1 dan 2 itu adalah dgn melaksanakan pengisytiharan yg ke-3, iaitu segerakn amal ibadah kita.

wallahua'laam

Aizat Si Lipan said...
This comment has been removed by the author.
Aizat Si Lipan said...

trsangat la cool kejadian Allah..SubhanaAllah~

Fakru Razi said...

nur islam: shukran atas info ya...

lipanz: ya, sungguh cool...subhanallah...