Friday, September 18, 2009

Keretaku eksiden...huhu

Assalamualaikum...
Nak berkongsi cerita la sikit kat sini...

17 September 2009 (Khamis)

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi...ketika itu saya terlena di bilik usai bersahur, solat subuh dan hantar kereta kepada seorang kenalan yang berhajat untuk ke airport..kebetulan malam tu tak berpeluang iktikaf di masjid UNIMAS, lantaran pulang ke lewat ke kampus dan keletihan..sampai je di bilik, sempat surfing skejap, buat persiapan diri, terus lena dan bangun untuk bersahur...kebetulan malam tu, abg wan (Rdzhwan Shah) menginap kat bilik saya...dalam pukul 6.15 pagi macam tu, terlelap balik...

Tengah2 best melayan tido tu, walaupun tido atas lantai beralas tikar getah & sejadah je (sebab abg wan tido atas katil), tiba2 hp berbunyi lagu 'tika dinihari' by devotees...sbb tu caller ringtone saya..hehe..ada org call saya rupanya..dengan keadaan mamai2 ayam, saya pun menjawab...

Saya : Assalamualaikum...

013*******: Waalaikumussalam...


Saya : Ye,knapa? (Dalam hati ingat kenalan tu nak hantar kereta)


013*******: Abg Fakru, kereta accident...

Saya
: Ape dia? (Ingatkan tgh bermimpi masa tu)


013*******
: Kereta accident...


Saya
: Hah?? Korang biar betul..korang tak main-main ke ni? (Baru perasan, ni betul
betul..bukan mimpi..huhu) Korang kat mane?

013*******: Betul..kat jalan keluar airport...


Tiba saya terdiam...tak tau nak buat ape...


Saya
: Teruk x? Kereta tu bleh jalan x? (Ingat nak suruh budak2 ni bawak balik kampus
dulu kereta tu, nak tgk condition kete)

013*******: Kereta xteruk sgt..(dlm hati, lega la skit hati) belakang je kemek..tak tau la boleh
jalan ke tak..kita org tak start lagi...tgh hujan ni...abg fakru blh dtg sini x? org lori ni dah bising-bising..mintak ganti..(oh, lori rupanya)

Rupa-rupanya, diorag ni accident masa nak tukar lane, xperasan ada lori kat blakang..diaorg ni xbg signal plak masa hujan lebat tu..


Saya : Saya xde transport skrg ni...saya cuba la..nnti sya contact balik...

013*******: Ok..

Lebih kurang mcm tu la dialognya....

aduiii..masa tu dah pening..mcm mane nak buat..teringat kat kete 1 lagi...contact org yg pkai kete tu, la dia masih kat rumah...adik dia yang jawab phone..huhu..pastu abg wan bagi cadangan contact ayah angkat suksis dia..En Ishak..alhamdulillah, En Ishak dgn murah hati akan tolong...dia kata dia akan dtg kolej utk ambik kami...settle 1 hal...
Selepas settle mandi, uruskan diri dsb, sempat jgak surfing kjap smntara menunggu En Ishak smpai..kebetulan dia cuti hari tu..dia pun baru lepas hantar isteri dia mengajar...lebih kurang sejam lepas tu, En Ishak pun sampai...

Sambil menuju ke arah tempat kejadian, smpat la kami bersembang dan menceritakan kejadian yang berlaku..saya pun belum dapat gambaran jelas ttg kejadian tu..nasib baik En Ishak ada seorang kenalan sejak 20 tahun lebih yang mmbuka bengkel kereta..since 1982 mereka kenal...senang skit crita...

Dalam keadaan hujan lebat tu, kami pun tiba di tempat kejadian..dari jauh kelihatan lampu lori towing..bila tgk je keadaan kete...hah?? ini yg korang kata skit? (dalam hati je la..xmarah diaorg pun..diaorg msti tgh serabut pkir..xkan nak marah plak)...hancur bhgian blakang kete..crmin blakang hancur berderai..bumper pecah..pintu pemandu xdpt bukak lantaran hentakan dari belakang..huhu..xpe la, benda dah berlaku...dipendekkan crita, kami pun ke balai polis simpang tiga, utk buat laporan..bincang punya bincang..kmi pun decided nak pkai insurans..sbb byk benda kena tukar ooo..huhu..kebetulan yang si pemandu plak nak balik semenanjung ptg tu..so, kami trpaksa la settle kan cepat2...huhu..

So, masa tu, terus kete masuk ke bengkel yg di recommended by En Ishak..Special thanks to En Ishak & abg wan...atas byk bantuan..kbetulan plak, polis2 kat balai tu, kawan2 lama En Ishak..huhu...skrg ni, masih dalam proses uruskan insurans..harap2 dpt settle cpt...owner nya pun ada kat semenanjung skrg ni...29hb september baru balik sarawak...

Erm...besar jgak ujian ni...tapi xpe la...petikan dari firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"...ila akhirul aayah..

Bila fikir-fikir balik, dalam setiap ape keputusan yang kita buat, pasti ada risiko yang perlu dihadapi...utk kes ini, inilah risikonya..insyaAllah, boleh jadi ini sbagai 1 cara tarbiyah dari Allah utk menguji hamba2-Nya...Semoga diberi kkuatan menghadapinya...ameen..kat bawah ni, saya attach kan bberapa keping gambar utk tatapan pembaca..huhu...



yang ni la en Ishak

sampai ekzos pun bengkok...

hancuuuurr...


Saturday, September 5, 2009

Ramadhan...bulan IBADAH atau JUADAH??

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat-Nya & kasih sayang-Nya kita masih diberi peluang untuk bertemu kembali di dalam university of tarbiyah yakni bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh barakah...Ketika blog ini dititipkan, telah pun masuk
malam ke-13 Ramadhan 1430H...Alhamdulillah, maksudnya dah 13 hari kita berpuasa untuk Ramadhan kali...

Alahai….Ramadhan dah sampai ke fasa ke-2…yakni yang dikatakan sebagai fasa maghfirah atau pun keampunan dari Yang Maha Pengampun…tetapi, sungguh pun Allah telah menjanjikan keampunan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya di bulan barakah ni, mengapa manusia semakin tidak mahu mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan?? Masjid-masjid, surau-surau, musolla-musolla di kebanyakan tempat semakin hari semakin sedikit saf solatnya…tetapi berbeza pulak di bazaar-bazar Ramadhan..ketika ini, pengunjung-pengunjung yg ke sana tetap maintain..kalau dilukis graf frekuensi (kekerapan) org ke surau vs hari, sudah pasti graf itu akan menunjukkan bahawa ia berkadar songsang..berbeza pula jika di plot graf frekuensi org2 ke bazar vs hari, sudah pasti ia akan mmberi keputusan sama ada graf tu malar atau pun berkadar terus…kalau jatuh pun, skali dua je..tu pun, mybe sbb hujan or etc..
Persoalannya…bulan Ramadhan ni, bulan IBADAH or bulan JUADAH?? Ermm…tepuk dada, tnya iman..
Tidak mustahil andaikata Ramadhan 1430H ni, merupakan Ramadhan yang terakhir kita temui..jadi, mengapakah kita mensia-siakan kedatangan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran…di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan…Seperti yang Allah firmankan:

“Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan” (al-Qadr,97:2-3)

Malam itu adalah malam kemuliaan, malam yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta-Nya, Lailatul Qadr… Tetapi yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, pada malam-malam di penghujung Ramadhan ini, bukanlah disibukkan dengan amal ibadah untuk memanfaatkan sisa-sisa Ramadhan, tetapi disibukkan dengan persiapan-persiapan menyambut 1 Syawal…pada ketika inilah, pasaraya-pasaraya terkemuka di seluruh negeri menawarkan pelbagai promosi…yang pasaraya tak terkemuka pun sibuk juga menawarkan pelbagai promosi..kerana ketika ini, masyarakat kita sibuk untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri…ada pula yang di setiap jarinya tergantung pelbagai jenis plastic dari pelbagai jenis pasaraya…nasib baiklah Allah kurniakan 10 jari..andaikata dikurniakan lebih, nescaya akan bertambah penuh la jari2 tu di sangkut dengan beg plastik..nasib baik juga la Allah tidak menjadikan telinga kita ni keras, kalau tak, silap2 kat telinga pun kita sangkut beg plastik jgak..ermm…xsalah untuk kita membeli belah..mmg dianjurkan untuk kita memakai pakaian yg baru, cantik-cantik..tapi janganlah sehingga berlebih-lebihan…Allah berfirman:

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (al-A’raf,7:31)

Jadi sebelum kita mengakhiri Ramadhan 1430H ini, marilah kita lihat kembali apakah matlamat yang ingin dicapai melalui Ramadhan ini..adakah sekadar berlapar & dahaga..atau pun mengaut keutungan berlipat kali ganda…atau pun tidak ada apa-apa yang ingin dicapai??


“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (al-Baqarah, 2:183)

Inilah yang sebenarnya yang perlu ada dalam setiap diri manusia yang mengaku dirinya Muslim.. matlamat berpuasa agar kita menjadi hamba yang bertaqwa kepada-Nya..Mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui kerana kita belum tentu dapat bertemu Ramadhan 1431H..Mudah-mudahan juga kita diberi peluang untuk menamatkan Ramadhan 1430H ini dengan jayanya..Akhir kata sama-sama la kita pelihara pandangan, pendengaran dan kata-kata..Semoga apa yang kita dapat melalui university tarbiyah ini dapat diaplikasikan semasa di bulan-bulan yang mendatang…Selamat berpuasa,selamat berbuka..selamat beramal…Allahua’lam…