Tuesday, June 9, 2009

Who are the true TERRORIST??

Source: Berita Harian (Tuesday, 10/06/09)

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.
PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.
ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters


Monday, June 8, 2009

Tour Guiding.....

Assalamualaikum…

Malasnya rasa nak menulis…huhu…pada ketika ini, most of unimas student, dah pulang ke hometown…aku dan beberapa org rakan-rakan je yang masih stay kat bumi Sarawak ni..Last week baru habis exam CCNA…ingatkan nak balik ke perak lepas tu, tapi tak jadi plak…

So, skrg ni, dok pkir2, nak wat ape la masa cuti kat Sarawak ni…nak balik semenanjung,alang2 plak…plan mmg banyak benda nak wat masa cuti ni…implementation je xtau nak start bila…huahua..nak wat paperwork itu la,paperwork ini la…plan utk program sem dpn la…mcm2 dlm kepala ni..plan utk menghadapi kemasukan junior2 baru lagi hujung bln ni…bila la aku nak start wat ni..huhu…

Tapi ok la…dlm cuti2 ni, dpt jugak aku luangkan masa lebih utk join program2 islamic…kalu dlm sem, masa tu agak limited… Last week, sempat aku join talk 2 hari bertajuk “Understanding Islam Through Tour Guiding” given by Brother Syed from Bahrain…best…program ni berlangsung di Islamic Information Center (IIC)…best tmpat ni…beautiful and unique architecture…kat bawah ni, aku attach gambar building tu…combination dgn architecture china…pastu, kalu perasan, kat pintu masuk bangunan ni, kat atas tu, ada ayat al-Quran…dipetik dari surah al-Hujurat, ayat 13 (49:13)



13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.




Sesuai la dengan konsep binaan bangunan ni yg menggabungkan rekabentuk Islam,Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak ni..rekabentuk longhouse pun ada…kat dalam galeri IIC ni jgak ada menyimpan al-Quran lama, manuskrip2 Islam yang lama dsb…dah mcm muzium plak…hehe…

Then, pengisian dia, best jugak..mengajar techniques for guiding tourists to know about Islam through mosque tour (especially)…kira mcm pemandu pelancong la..tpi khusus utk guide pelancong2 ni dlm masjid…then, brother Syed berkongsi pengalamannya memperkenalkan Islam kepada tourists di Bahrain…walaupun kondisi di Malaysia agak berbeza dgn Bahrain, but ada part2 yg boleh diambil dan diaplikasikan di Malaysia ni jgak…Anyway, sekali lagi diingatkan kepada peserta2, keterlibatan kita dlm talk ni, bukan bermaksud kita dah layak jadi tourist guider..hehe…kena attend kursus lain lagi utk mendpat kredibilty guider bertauliah..hehe.. Dah la, malas dah menaip..hehe..kat bawah ni, di attach kan beberapa keping foto utk tatapan kalian…=)


berdiskusi dgn brother syed di surau (lepas zohor)

Delegasi dari UNIMAS

Ala..sape plak ni?? @!!x??!


Antara koleksi2 di galeri IIC