Saturday, September 5, 2009

Ramadhan...bulan IBADAH atau JUADAH??

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat-Nya & kasih sayang-Nya kita masih diberi peluang untuk bertemu kembali di dalam university of tarbiyah yakni bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh barakah...Ketika blog ini dititipkan, telah pun masuk
malam ke-13 Ramadhan 1430H...Alhamdulillah, maksudnya dah 13 hari kita berpuasa untuk Ramadhan kali...

Alahai….Ramadhan dah sampai ke fasa ke-2…yakni yang dikatakan sebagai fasa maghfirah atau pun keampunan dari Yang Maha Pengampun…tetapi, sungguh pun Allah telah menjanjikan keampunan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya di bulan barakah ni, mengapa manusia semakin tidak mahu mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan?? Masjid-masjid, surau-surau, musolla-musolla di kebanyakan tempat semakin hari semakin sedikit saf solatnya…tetapi berbeza pulak di bazaar-bazar Ramadhan..ketika ini, pengunjung-pengunjung yg ke sana tetap maintain..kalau dilukis graf frekuensi (kekerapan) org ke surau vs hari, sudah pasti graf itu akan menunjukkan bahawa ia berkadar songsang..berbeza pula jika di plot graf frekuensi org2 ke bazar vs hari, sudah pasti ia akan mmberi keputusan sama ada graf tu malar atau pun berkadar terus…kalau jatuh pun, skali dua je..tu pun, mybe sbb hujan or etc..
Persoalannya…bulan Ramadhan ni, bulan IBADAH or bulan JUADAH?? Ermm…tepuk dada, tnya iman..
Tidak mustahil andaikata Ramadhan 1430H ni, merupakan Ramadhan yang terakhir kita temui..jadi, mengapakah kita mensia-siakan kedatangan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran…di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan…Seperti yang Allah firmankan:

“Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan” (al-Qadr,97:2-3)

Malam itu adalah malam kemuliaan, malam yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta-Nya, Lailatul Qadr… Tetapi yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, pada malam-malam di penghujung Ramadhan ini, bukanlah disibukkan dengan amal ibadah untuk memanfaatkan sisa-sisa Ramadhan, tetapi disibukkan dengan persiapan-persiapan menyambut 1 Syawal…pada ketika inilah, pasaraya-pasaraya terkemuka di seluruh negeri menawarkan pelbagai promosi…yang pasaraya tak terkemuka pun sibuk juga menawarkan pelbagai promosi..kerana ketika ini, masyarakat kita sibuk untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri…ada pula yang di setiap jarinya tergantung pelbagai jenis plastic dari pelbagai jenis pasaraya…nasib baiklah Allah kurniakan 10 jari..andaikata dikurniakan lebih, nescaya akan bertambah penuh la jari2 tu di sangkut dengan beg plastik..nasib baik juga la Allah tidak menjadikan telinga kita ni keras, kalau tak, silap2 kat telinga pun kita sangkut beg plastik jgak..ermm…xsalah untuk kita membeli belah..mmg dianjurkan untuk kita memakai pakaian yg baru, cantik-cantik..tapi janganlah sehingga berlebih-lebihan…Allah berfirman:

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (al-A’raf,7:31)

Jadi sebelum kita mengakhiri Ramadhan 1430H ini, marilah kita lihat kembali apakah matlamat yang ingin dicapai melalui Ramadhan ini..adakah sekadar berlapar & dahaga..atau pun mengaut keutungan berlipat kali ganda…atau pun tidak ada apa-apa yang ingin dicapai??


“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (al-Baqarah, 2:183)

Inilah yang sebenarnya yang perlu ada dalam setiap diri manusia yang mengaku dirinya Muslim.. matlamat berpuasa agar kita menjadi hamba yang bertaqwa kepada-Nya..Mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui kerana kita belum tentu dapat bertemu Ramadhan 1431H..Mudah-mudahan juga kita diberi peluang untuk menamatkan Ramadhan 1430H ini dengan jayanya..Akhir kata sama-sama la kita pelihara pandangan, pendengaran dan kata-kata..Semoga apa yang kita dapat melalui university tarbiyah ini dapat diaplikasikan semasa di bulan-bulan yang mendatang…Selamat berpuasa,selamat berbuka..selamat beramal…Allahua’lam…

No comments: