Wednesday, May 13, 2009

Program PMR SMK Sebuyau 2009



Assalamualaikum...


Fuh...lamak mek sik update blog tok owh...maaf la kwn2..kmk bz skit..internet kat kolej pun slow..susah mok bukak blog kinek tok..tok pun bukak di fakulti...


alhamdulillah...minggu lepas (9-11 Mei 2009), kmk sempat bersama2 kawan PERKEPIS join program motivasi cdak PMR di SMK Sebuyau... mun kmk xsilap, lebih kurang 100 lebih students yang join program....


Program2 diatur dgn baik & best...paling best, program 'dariku untukmu'...kesian tgk budak2 tu..punya la bersemangat molah hadiah utk abg2 n kakak2 fasi, tiba2 semua hadiah dihancurkan..haha..bukan sengaja dihancurkan...tpi utk keperluan modul..habis sekotak bunga yg kmk dapat dari adik2 hancur...nasib baik sempat juak bergambar dgn bunga2 ya..huhu...nota dari cdak pun, sempat mek simpan..apepun, utk adik2ku, abg hargai ape yg adik2 hadiahkan ya..

Pastu ada sesi nangis2 gik mlm ya...lebih kurang utk muhasabah diri la..sampaikan abg fasi ni pun mengalirkan air mata...haha...shukran to amad..penghayatan yg best...hargai jasa ibu bapa kalian...semoga istiqamah...
Ni adalah 1st time kamek join program di sebuyo tok...nang best..walaupun kmk xbyk ckp..hehe...lebih suka memerhati sbnarnya..
erm...ape lagi nak cite ek...walaupun agak penat, masa tido yg terhad, tapi sgt bermakna...bak kata abg syeed, kalu xpenat, bukan fasi la namanya tu...jazakallah to abg syeed...
di akhir program, seronok tgk adik2 yg mula menyuarakan semangat utk menghadapi PMR...ada yg nak dpt 8A, then mencatat sejarah utk SMK Sebuyau....utk adik2 di sebuyau, semoga kalian teruskan usaha dan semoga semangat yg digenerate melalui program motivasi ya, sentiasa istiqamah...semoga kalian semua berjaya mencapai keputusan yang cemerlang..
akhir skali, jazakallah diucapkan kepada pihak sekolah atas layanan yg best...makanan yang sedap, penginapan yg mencukupi dan segala kemudahan...segala kekurangan harap dimaafkan dan semoga berjumpa lagi di masa akan datang....
to my friend, iszuandy...boh jeles owh...dtg la ctok...hehe...

Cintai Mereka, Jangan Disakiti Hatinya...

Oleh: Aishah Munirah
Macam-macam yang dibualkan dengan Mak dalam perjalanan dari Sri Aman ke Kuching sambil memandu kereta kelisa saya yang baru keluar dari bengkel. Entah bagaimana perbualan tiba-tiba sampai pada topik anak-ibu bapa. Kata mak, sedikit rasa terkilan di sudut hati seorang ibu atau bapa pada anaknya, biarpun tidak terzahir dengan kata-kata dan riak muka bisa mendatangkan bala pada si anak.Mak mula bercerita tentang kisah benar yang berlaku pada saudaranya di kampung:“Pernah Si Fulan yang sik puas hati ngan bapak nya yang suka molah maksiat. Nya nasihat bapaknya, disuruh bapak nya bertaubat, sembahyang, jangan molah benda jaik. Bapaknya sik jawab apa-apa..sikda melawan balit, nya diam jak. Sik lamak lepas ya hidup Si Fulan yang senang tiba-tiba jadi susah, semua kerja nya sik menjadi. Lepas beberapa tahun, Si Fulan sik tahan hidup susah macam ya, akhirnya nya mintak ampun benar-benar ngan bapaknya. Sik lamak lepas ya, hidupnya jadi senang macam biasa.” Panjang lebar cerita Mak.Terus sahaja saya teringat cerita seorang kawan semasa di kampus yang pernah meluahkan kekecewaannya tentang ayahnya yang tidak pernah solat. Dia lantas mengambil tindakan menulis surat lalu menyampaikan sendiri ke tangan ayahnya dengan tujuan memberi nasihat agar ayahnya bersolat. Ayahnya diam membisu tanpa sebarang respons. Sangka teman saya itu, pasti dia telah berjaya mengetuk pintu hati ayahnya untuk kembali kepada Allah.Tidak lama selepas itu, teman saya tersebut mendatangi saya lagi setelah keputusan End of Block Exam diumumkan. Katanya dia gagal dan terpaksa mengulang tahun pengajian. Saya cuba memberi kata perangsang dan semangat. Teman saya menyambung lagi, “Saya dah cakap kat ayah saya tentang kegagalan saya, awak nak tahu apa ayah saya jawab?” Saya terdiam, menanti sambungan ceritanya. “Itulah balasan kau, kerana sakitkan hati ayah.” Terdiam saya mendengarnya.Saya terfikir, masakan si ayah sanggup mendoakan keburukan untuk anak, pasti tidak mungkin, tetapi sedikit rasa sakit hati nya atas sikap si anak sahaja sudah cukup untuk mengundang kemurkaan Allah hingga hilang barokah dalam hidup seorang anak.Si anak yang memahami Islam, yang penuh rasa tulus mengharapkan kebahagian kedua orang tuanya kadang-kadang teruji dengan sikap mereka yang tidak taat pada suruhan Allah serta gemar berbuat maksiat. Si anak yang memahami kepentingan da’wah kadang-kadang lancar dan lantang menghulur nasihat tanpa berfikir adab yang terbaik untuk menyampaikannya hingga mendatangkan rasa terkilan di hati orang tua nya. Apakah si anak yakin bahawa kewajipan dakwahnya telah terlaksana dengan cara yang terbaik?“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah Al-Isra: Ayat 23)Jika berkata “ah” sahaja kepada kedua ibu bapa sudah dilarang Allah, masakan menengking ibu bapa dan menyakiti hati mereka dibenarkan-Nya? Semua anak pasti menginginkan yang terbaik untuk ibu bapa, tetapi janganlah merasa megah dengan ilmu dan kelebihan yang ada hingga ada sedetik rasa sombong di hati terhadap keduanya. Rasa sombong ini akhirnya terjelma dari tindakan dan akibatnya menyakiti hati insan yang telah melahirkan, membesarkan dan berkorban segalanya untuk kita.Jadikanlah teladan akan kisah pemuda yang diangkat darjat di akhirat sebagai jiran Nabi Musa a.s di syurga kerana memuliakan kedua ibu bapanya yang ditukarkan rupa menjadi babi oleh Allah akibat dosa besar mereka.Jadikanlah sempadan akan kisah Al-Qomah, lelaki ahli ibadah yang mengalami kesukaran sakaratul maut kerana menyinggung perasaan seorang ibu dengan melebihkan si isterinya. Beliau akhirnya mampu melafazkan syahadah dan menghembuskan nafas akhirnya setelah mendapat kemaafan dari ibunya.Nasihatilah ibu dan ayah dengan cara yang terbaik serta penuh hikmah kerana pendekatan dakwah terhadap keduanya pasti jauh berbeza daripada dakwah terhadap orang biasa yang kita hadapi dalam masyarakat. Betulkanlah niat untuk menasihati keduanya kerana rasa cinta pada mereka dan mengharapkan kebaikan untuk mereka, bukan kerana merasa diri lebih berilmu dan lebih betul daripada kedua orang tua.Kaedah menasihati ibu bapa:• Mengunakan pendekatan orang tengah yang dipercayai dan dihormati oleh ibu bapa kita. Contohnya Imam, orang alim yang dihormati dan baik akhlaknya. Ini kerana, secara logiknya seseorang pasti lebih mudah menerima nasihat daripada orang yang dihormatinya dan lebih tinggi kedudukan daripadanya.• Menasihati sendiri dengan cara yang berkias lagi lemah lembut bergantung pada sifat ibu bapa yang kita fahami. Ini boleh dilakukan melalui cara memuji dan memujuk. Ibu bapa pasti gembira menerima pujian daripada seorang anak. Ibu bapa yang mudah tersentuh dengan sifat manja si anak pula, mudah dinasihati dengan cara memujuk.• Melalui pemberian hadiah yang menunjukkan ingatan si anak pada ibu bapa dan dalam masa yang sama menjadi isyarat bahawa si anak mengharapkan perubahannya. Contohnya menghadiahkan sejadah pada ayah yang meninggalkan solat atau menghadiahkan tudung pada ibu yang tidak menutup aurat.• Sentiasa mendoakan kedua orang tua dalam setiap doa yang dilafazkan. Berdoa, berdoa dan berdoa tanpa rasa jemu. Tanamkan pada diri bahawa doa anak yang soleh pasti dimakbulkan Allah.“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman: Ayat 14-15)Taatilah keduanya selagi tidak menyebabkan kita menderhakai Allah. Cintailah keduanya dengan hati yang putih suci. Layanilah keduanya dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Jangan sakiti hatinya, kerana syurga kita terletak pada nya….Lakukanlah segalanya penuh rasa cinta demi mengharap cinta Sang Pencipta.