Thursday, January 21, 2010

Me now...

Assalamualaikum, pembuka bicara setelah sekian lama tidak meng ‘upload’kan ape-ape entry baru..

Saya mohon maaf/asifi/duibuqi (bahasa tamil, xblajar lagi..hehe) kerana membiarkan blog ini terbiar tanpa update…

Setelah tamat belajar di Unimas, soalan paling popular ditanya oleh kenalan-kenalan adalah “buat ape skrg?” , “kat mane skrg?”, “dah keje ke?”… yang paling best, “bila kahwin?”…keje pun belum lagi…mcm mane nak kahwin…

Mungkin yang sedang membaca blog ni skrg ni pun tertanya2 ape sya buat skrg ni..so, entry kali ni hanya nak story pasal perkembangan diri saya setelah tamat belajar…alhamdulillah, hari terakhir di Unimas pada 23 November 2009..Surat confirmation for graduation pun dah diterima daripada bahagian prasiswazah Unimas (Bpps)..Buat masa sekarang ni saya bekerja di syarikat Iteknologital as a trainer for computer programme…Tugas saya hanyalah mengajar perkara-perkara asas tentang computer kepada masyarakat kampung dan pelajar-pelajar sekolah… Program ini ditaja oleh kerajaan negeri yang bertujuan untuk memperkenalkan ilmu ICT dikalangan penduduk negeri perak terutamanya masyarakat luar bandar…Actually, saya dah mula bekerja dengan syarikat ini sejak tahun 2008..masa tu, sambil-sambil praktikal di TM..kebiasaannya, program ini dijalankan pada hujung minggu..so, masa tu, weekdays saya bekerja di TM, weekend saya bekerja di Iteknologital..hehe..kini, meyambung kembali di Iteknolgital…Buat masa skrng ni, masih mengintai2 kerja tetap…bergantung dgn rezeki Allah…hanya mampu berusaha, dan berdoa..so far, baru attend 2 official interview..1st di Huawei Technologies..2nd di Mewamax Sdn Bhd…Sampai skrg, blm ada jwpn…xdpt kot..

Erm, sekadar ini sahaja untuk entry kali…hanya nak cerita perkembangan diri…Allahua’lam…

Semasa mengajar di Pulau Pangkor


Semasa mengajar di pondok Hidayatullah, Lekir